Thursday, May 15, 2008

15 May 2008 - Nakbah Palestin

Hari ini, genap 60 tahun penubuhan negara Israel. 60 tahun juga rakyat - rakyat Palestin menanggung kepedihan ditindas dan disingkirkan dari tanah mereka sendiri. Pedulikah Kita? Sempena hari memperingati Palestin kami dengan ini ingin berkongsi sebuah sajak karya Mohd Waqiyuddin Abdullah bersama seni grafik. Anda boleh dapatkan wallpaper ini dalam dua saiz (1024 x 768 pixels dan 1280 x 800 pixels) di laman web kami » http://www.isacstudio.com/

Ingatilah mereka dalam doa seharian. Wassalam~

Sunday, April 13, 2008

Pertandingan Jom 'Jauh'Lah!

Assalamualaikum wbt!


ISAC Studio mempersembahkan..


Pertandingan Jom 'Jauh'Lah!


Kami, ISAC Studio dengan berbesar hati menganjurkan pertandingan Jom 'Jauh'Lah! Anda berpeluang memenangi hadiah yang lumayan iaitu..

Tiket penerbangan pergi balik untuk menyertai kami di Kem Eksplorasi Minda 2008 - Borneo!

Mudah sahaja! Anda dikehendaki menulis satu esei/artikel yang bertajuk "Why do I want to join ISAC Studio and iLuvIslam.com in KEM 2008?" atau "Kenapa saya ingin menyertai ISAC Studio dan iLuvIslam.com di KEM 2008?".

Syarat-syarat penyertaan ialah:

  • Anda adalah ahli iLuvIslam.com. (Belum mendaftar? Daftar segera dengan percuma! Click di sini)
  • Tinggal / belajar di Malaysia. (Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara tidak dibenarkan)
  • 16 tahun dan keatas.

Butiran mengenai esei tersebut adalah seperti berikut.

  • Font Tahoma, size 12
  • Double spacing
  • Tiada had minima tetapi tidak melebihi dua muka surat A4.
  • Boleh ditulis sama ada dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris.
  • Segala apa yang difikirkan relevan dan menarik, boleh la disertakan bersama esei tersebut.

Butiran mengenai Hadiah adalah seperti berikut:

  • Dua pemenang. Seorang muslimat dan seorang muslimin.
  • Tiket penerbangan pergi balik AirAsia
  • Pemenang boleh memilih untuk bertolak dari LCCT, Penang, Johor Bharu, Kota Kinabalu, Miri, Sibu atau Bintulu. (Terdapat AirAsia direct flight ke Kuching dari destinasi2 ini).
  • Tempat tinggal, makanan dan pengangkutan di Kuching dan Kota Kinabalu akan disediakan. Pihak penganjur tidak akan membiayai tambang teksi ke LCCT dan perbelanjaan lain.
  • Harus meminta izin kedua ibu bapa.
  • Pemenang akan dibawa untuk menyertai kami untuk sesi di Kuching sahaja. (Di Kuching, program tersebut dibuat dalam hujung minggu. Sila rujuk entri berkenaan dengan KEM 2008. Click di sini.)

Cepat! Hantarkan penyertaan anda! Tarikh tutup pertandingan ialah 27 April 2008!

*Hantarkan dalam bentuk attachment pada email, dan emailkan pada azribohari@yahoo.com. Semua entry akan dipaparkan di http://jomjauhlah.blogspot.com (laman web rasmi Pertandingan 'Jom 'Jauh'Lah!').

For more info on Kem Eksplorasi Minda 2008 - Borneo, click here.

Azri Bohari
Pengarah Projek
Kem Eksplorasi Minda 2008 - Borneo


Friday, April 11, 2008

Puisi - puisiku by Muhtar Suhaili

Puisi-puisiku..
Ungkapan kata-kata nyaliku
Untaian tari ilham penaku

Puisi-puisiku..
Tidak sepuitis jiwaku
Tidak semurni sukmaku
Tidak sesuci nuraniku
Tidak setulus hatiku

Namun puisi-puisiku..
Adalah sentuhan rasa jiwaku
Bait-bait luahan sukmaku
Lirikan bicara nuraniku
Bisikan ma’nawi hatiku

Semoga puisi-puisiku..
Menjadi tasbih jiwaku
Menjadi penawar sukmaku
Menjadi pengubat nuraniku
Menjadi zikir hatiku
Menjadi pedoman hidup dunia Akhiratku
Dan menjadi tasbih, penawar, pengubat dan zikir
Serta pedoman hidup dunia Akhirat buat insan lain jua.

MUHTAR SUHAILI

For more info on Bro Muhtar Suhaili, please visit http://www.muhtarsuhaili.com.

Tuesday, April 8, 2008

Tahniah kepada pemenang


Assalamualaikum kepada semua,

Bersyukur kepada Allah kerana pertandingan ini berjalan dengan lancarnya. Terima kasih kepada para peserta. Terlebih dahulu, kami ingin menyatakan perpindahan kami ke laman web baru. Semoga dengan perpindahan ini, ia akan menandakan satu titik permulaan baru buat kami dan anda. 



Untuk senarai pemenang, sila lawati laman web kami di http://www.isacstudio.com/ atau http://isacstudio.co.uk/

Tahniah kepada pemenang dan kepada yang tidak berjaya, janganlah berdukacita. Jika kami rasakan kata-kata hikmah anda sesuai digunakan untuk pertandingan akan datang. InsyaAllah, kami akan memilih anda sebagai pemenang. 
Klik disini untuk register sebagai ahli dan kami akan email anda sebarang berita terkini tentang ISAC Studio. Tiada bayaran dikenakan. 



Bagi setiap 13 pendaftar*, insyaAllah kami akan memilih seorang untuk menerima penanda buku eksklusif kami. Jadi, daftar sekarang :)

Wassalam.

*Hanya untuk 100 pendaftar terawal sahaja. Harap maklum

Klik di sini untuk berita - berita terkini