Sunday, March 9, 2008

Menangi poster dan bookmark rekaan terkini!

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Buat julung kalinya, ISAC Studio menganjurkan pertandingan yang membolehkan anda memenangi poster dan bookmark rekaan terkini. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mereka kata - kata hikmah untuk diletakkan di dalam poster di bawah ini.



Begitu mudah? Ya! Jadi apa tunggu lagi. Sila hantarkan penyertaan anda dengan komen pada pos ini dengan format berikut:

Kata - kata hikmah: "Contoh: Warna warni"
Email:
(email anda)
Laman web: (jika ada)


Terma dan syarat - syarat:
1. Hanya kata - kata hikmah. Penggunaan terjemahan Hadith dan ayat al-Quran adalah tidak dibenarkan kerana kedua-duanya amatlah tinggi nilai di sisi Allah s.w.t.
2. Hanya menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
3. Hanya 3 pernyertaan sahaja dibenarkan. Nak tipu takpe, kami tak tahu, Allah tahu. (^_^)
3. Keputusan hakim adalah muktamad.


Tarikh tutup pernyertaan ialah 1 April 2008 dan pertandingan ini terbuka kepada semua. Pemenang akan diumumkan sebelum 10 April 2008.

Selamat mencuba! Wassalam

*Sebarang pertanyaan sila emailkan ke isacstudio@gmail.com atau klik di sini.

Tuesday, March 4, 2008

Tahniah kepada Munawwar!

Pada hari Ahad lepas, kumpulan nasyid Munawwar telah bertandang ke Sheffield, UK untuk menyertai NEXT08 (Nasheed Extravaganza 2008). Alhamdulillah, walaupun ahli Munawwar yang ada hanyalah Azri dan Syafeeq, mereka telah menyampaikan lagu - lagu nasyid yang berjaya menarik perhatian hakim - hakim (Hamza Robertson, Imam Masjid Sheffield, Ahmed Dawood - IQRA') untuk mengurniakan mereka selaku Naib Johan NEXT08.

Tahniah diucapkan kepada Munawwar! Kepada yang tidak dapat hadir ke NEXT08, di bawah merupakan sedutan video dari YouTube.



Monday, March 3, 2008

Bila Lensa & Hati Bertemu


Moga tautan hati semua kita terus kukuh hingga tiba hari yang beriman meraikan kepercayaan mereka selama ini.

Salam rindu buat semua sahabat yang kukasihi. Tulus dari hati.

Mohon laluan
http://lensahati.wordpress.com

Wassalam
Putrajaya, MALAYSIA

Klik di sini untuk berita - berita terkini