Sunday, April 13, 2008

Pertandingan Jom 'Jauh'Lah!

Assalamualaikum wbt!


ISAC Studio mempersembahkan..


Pertandingan Jom 'Jauh'Lah!


Kami, ISAC Studio dengan berbesar hati menganjurkan pertandingan Jom 'Jauh'Lah! Anda berpeluang memenangi hadiah yang lumayan iaitu..

Tiket penerbangan pergi balik untuk menyertai kami di Kem Eksplorasi Minda 2008 - Borneo!

Mudah sahaja! Anda dikehendaki menulis satu esei/artikel yang bertajuk "Why do I want to join ISAC Studio and iLuvIslam.com in KEM 2008?" atau "Kenapa saya ingin menyertai ISAC Studio dan iLuvIslam.com di KEM 2008?".

Syarat-syarat penyertaan ialah:

  • Anda adalah ahli iLuvIslam.com. (Belum mendaftar? Daftar segera dengan percuma! Click di sini)
  • Tinggal / belajar di Malaysia. (Pelajar Malaysia yang belajar di luar negara tidak dibenarkan)
  • 16 tahun dan keatas.

Butiran mengenai esei tersebut adalah seperti berikut.

  • Font Tahoma, size 12
  • Double spacing
  • Tiada had minima tetapi tidak melebihi dua muka surat A4.
  • Boleh ditulis sama ada dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris.
  • Segala apa yang difikirkan relevan dan menarik, boleh la disertakan bersama esei tersebut.

Butiran mengenai Hadiah adalah seperti berikut:

  • Dua pemenang. Seorang muslimat dan seorang muslimin.
  • Tiket penerbangan pergi balik AirAsia
  • Pemenang boleh memilih untuk bertolak dari LCCT, Penang, Johor Bharu, Kota Kinabalu, Miri, Sibu atau Bintulu. (Terdapat AirAsia direct flight ke Kuching dari destinasi2 ini).
  • Tempat tinggal, makanan dan pengangkutan di Kuching dan Kota Kinabalu akan disediakan. Pihak penganjur tidak akan membiayai tambang teksi ke LCCT dan perbelanjaan lain.
  • Harus meminta izin kedua ibu bapa.
  • Pemenang akan dibawa untuk menyertai kami untuk sesi di Kuching sahaja. (Di Kuching, program tersebut dibuat dalam hujung minggu. Sila rujuk entri berkenaan dengan KEM 2008. Click di sini.)

Cepat! Hantarkan penyertaan anda! Tarikh tutup pertandingan ialah 27 April 2008!

*Hantarkan dalam bentuk attachment pada email, dan emailkan pada azribohari@yahoo.com. Semua entry akan dipaparkan di http://jomjauhlah.blogspot.com (laman web rasmi Pertandingan 'Jom 'Jauh'Lah!').

For more info on Kem Eksplorasi Minda 2008 - Borneo, click here.

Azri Bohari
Pengarah Projek
Kem Eksplorasi Minda 2008 - Borneo


No comments:

Klik di sini untuk berita - berita terkini