Thursday, June 14, 2007

Enigma Sebuah Merdeka

(Karya Ibn Al-'Abd-Ar-Razzaq)

Umpama riuh bersabung Pak Kadok,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Raja mengukir sinis senyum mengutuk,
Melihat Pak Kadok; ‘juara’ dengan maruah terkulai.

Lirik itu jualah penjajah memandang kita,
Dipalu dicanang, sudah merdeka katanya,
Union Jack nampak turun di tiang bendera,
Walhal, berkibar megah di hati kita.

Segala yang terbit dari barat kau junjung,
Lidah, mata, telinga, semua mengucap sanjung,
Dilatih anak watan jadi penyambung,
Pewaris takhta tanpa mahkota di kalung.

Enigma sebuah merdeka,
Pada ligat monorel dan Putra membelah kota,
Sedang manusia diperhamba harta dan kuasa,
Sedang remaja diperkosa hiburan dan cinta.

Enigma sebuah merdeka,
Siang dan malamnya masih menjadi hamba,
Pada harta, kuasa, dan cinta,
Hidup didedikasi buat yang buta.

Merdekakah kita?
Dengan cinta si dia mengatasi CINTA kepadaNya?
Dengan hidup di sini menafikan HIDUP di sana?
Dengan memperbudak diri kepada hamba?

MERDEKA; pada merdekanya Bilal bin Rabah,
Pada semangat juang Zaid bin Harithah,
Pada semarak cinta Rabiatul Adawiyah,
Pada zuhud dan warak Saidatina Khadijah.
Mereka dimerdeka dengan kemerdekaan hakiki,
Diri diperhamba buat Rabbul ‘Izzati.

Ya Allah, Tuhan alam ini,
Kupohon agar kau merdekakan hati,
Merdeka dari fana’ dan menyubur cinta suci.

15 Ogos 2006,
KMB

"Apa Erti Kemerdekaan Bagi Kita?"

2 comments:

imaaaanj said...

uwie~~!!
hehe (^^)

FANA COLLECTION said...

fuh// ni kalau gambar syukri edit best nie.. kene mintak permission syukri tak ekh? ade kene sue :) hehe///

Klik di sini untuk berita - berita terkini