Monday, June 11, 2007

HARI-HARI TERAKHIR SEORANG HAMBA (kitab buruk)

(Karya Ahmad Waqiyuddin bin Abdullah)

Menatap kitab buruk
Mendengus ikatanku ke daerah kusam
Kerana darinya aku kenal lurah gersang
Lubuk tempt jiwaku terhamba

Membelek kitab buruk
Merenggut gelisah sejuta
Dan terdamparlah aku di samudera sakinah
Kukira cukup lama aku lemas
Di persimpangan neraka

Membaca buku kitab buruk
Menarik-narik perca jernih dari mata
Sedu-sedan ditemani resah
Terkadang terhenti pada ruang amanah Tuhan
Lantas menyentak, menyentap roh dayus
Kembali bermukim di persinggahan cinta agung

Mengahayati kitab buruk
Jiwaku tenatnya tak bisa lagi terungkap
Memuncak segala rahsia hitam
Mendera, menusuk hati yang kelam
Disusulu calit-calit putih
Bersama makna tetapi tidak tertafsir akalku

Aku tutup kitab buruk
Terasa pasti tiada ruan
Menatapnya lagi
Kerana hari ini hari terakhir
Sebelum hamba bertemu tuannya.


1408 pm
10 April 2007
(KMB) B116

No comments:

Klik di sini untuk berita - berita terkini