Sunday, March 9, 2008

Menangi poster dan bookmark rekaan terkini!

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Buat julung kalinya, ISAC Studio menganjurkan pertandingan yang membolehkan anda memenangi poster dan bookmark rekaan terkini. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mereka kata - kata hikmah untuk diletakkan di dalam poster di bawah ini.



Begitu mudah? Ya! Jadi apa tunggu lagi. Sila hantarkan penyertaan anda dengan komen pada pos ini dengan format berikut:

Kata - kata hikmah: "Contoh: Warna warni"
Email:
(email anda)
Laman web: (jika ada)


Terma dan syarat - syarat:
1. Hanya kata - kata hikmah. Penggunaan terjemahan Hadith dan ayat al-Quran adalah tidak dibenarkan kerana kedua-duanya amatlah tinggi nilai di sisi Allah s.w.t.
2. Hanya menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
3. Hanya 3 pernyertaan sahaja dibenarkan. Nak tipu takpe, kami tak tahu, Allah tahu. (^_^)
3. Keputusan hakim adalah muktamad.


Tarikh tutup pernyertaan ialah 1 April 2008 dan pertandingan ini terbuka kepada semua. Pemenang akan diumumkan sebelum 10 April 2008.

Selamat mencuba! Wassalam

*Sebarang pertanyaan sila emailkan ke isacstudio@gmail.com atau klik di sini.

43 comments:

Raden Qurratu 'Aini said...

Kata-kata hikmah:
Hanya bila hati itu memaknakan hidup penuh kesempurnaan, begitu segah dengan warna-warni cinta Ilahi.

E-mail: qurrah@gmail.com

Laman web: http://qausuquzah.blogspot.com

Anonymous said...

kata-kata hikmah:
1)neraca bahagia tidak dinilai pada apa yang mampu kita miliki, tetapi bahagia itu tercipta dari apa yang mampu kita syukuri

2)jangan terlalu menjaga hati insan sehingga mengetepikan hak tuhan


e-mail: halifmdnoor@yahoo.com

Dr Azri Bin Bohari said...
This comment has been removed by a blog administrator.
isac said...

Dari: Afifah

1) Life (is) full of colours~
2) Hidup sebagai pengembara..

Email: afifah_life@yahoo.com

isac said...

Dari Azri Bohari:

1) Warnai hidup anda dengan calitan iman!

Email: azribohari@yahoo.com

Laman web: http://azribohari.blogspot.com

isac said...

Dari Mahfuzah Zainol:

1)

Warna-warna cinta...
warna kehidupan..
warna pelangi..
sungguh indah..
semoga hidup lebih bererti dengan kehadiran cinta pada Ilahi

2)

warnai kehidupan dengan syukur..
warnai perjalanan dengan luhur..
warnai dunia dengan kasih sayang...
warnai cinta dengan zikrullah...
itulah warna yang terlukis di hatimu..

3)

warna itu hati
hati itu cinta
warna adalah cinta
cinta pada Pencipta..


Email: mahfuzah98@gmail.com

Aqilah said...

1. Wanita sejati ialah wanita yang tidak suka
dipandang dan tidak suka memandang.
2. Kick the rest,get the best.
3. True love is just for Allah.

cahayabulanpurnama said...

1)Berwarna-warnilah kehidupan andai Hawa seperti sang kelopak, gugurnya ke bumi bkn krn bosan bersama mekar si mawar tetapi tidak relanya menjadi sebutan kerana kecantikannya yg dipuja Adam.

2)Berlari-lari kukejar bayang-Mu namun Kau semakin menjauhi. Kuundur diri lantas Kau menghampiri. Seksanya hidup dalam fantasi. Dalam mimpi yang sukar untuk kutafsiri. Seperti terlena ketika kuberdiri. Sendiri lagi kukini.Sudilah kiranya Kau mewarnainya kembali.

badriyah1089@yahoo.com

http://cahayabulanpurnama.blogspot.com

pemburu syurga said...
This comment has been removed by the author.
pemburu syurga said...
This comment has been removed by the author.
ShahiraHassan said...

Mengapa didamba kasih manusia,
Sehingga jiwa terseksa dan merana,
Marilah mengecapi cinta Illahi,
Cinta yang hakiki lagi abadi...


e-mail:shiraz_fm@yahoo.com

Anonymous said...

kata-kata hikmah:
1) The best colour of life shines within every difficult you face.

2) warna-warni perjuangan tiada yang indah tetapi yang terbaik hanya di akhirnya -samada pelangi kejayaan atau merahnya darah syahid.


E-mail: who_sign88@yahoo.com

Al-Amin Daud said...
This comment has been removed by the author.
Al-Amin Daud said...

"Kematian adalah Kehidupan"

NURULROSLI said...
This comment has been removed by the author.
NURULROSLI said...
This comment has been removed by the author.
NURULROSLI said...

...WHEN TEACHERS TEACH...THEY CHANGE THE COLOURS OF THE FUTURE...


..TO TEACH IS TO TOUCH THE HEART..



FROM:
nurulrosli_shinchan@yahoo.com

Anonymous said...

1)I've tried to think of things to say,and yet i said them yesterday, for not only yesterday i've told you, how in my heart, i've always hold you, O ALLAH DEAR GOD, U'r always close to my heart

2)jika tidak pada tangan, adakanlah dengan mulut, jika tidak pada mulut, adakanlah dengan hati, namun hati adalah selemah-lemahnya tindakan, kuatkan iman kuatkan diri, bersama mencegah kepincangan insani

Anonymous said...

my e-mail: boss_tuan07@yahoo.co.uk

Saadah said...

1) "memberikan hatimu kpd seseorg bermakna menyediakan dirimu untuk dilukai. Jadi, sandarkan sepenuh cinta dan rindumu kpd Yang Hakiki dan Dia akan mencampakkan rasa cinta terhadapmu ke dlm hati2 insan yang terpilih..insan yang berhak."

2)Jika tiada sesiapa di sisi untuk menemani, kami ada di hati untuk menyayangi, Allah ada di jiwa untuk melindungi.

Emel: angah_1203@yahoo.com

Anonymous said...

Kata-kata hikmah:
1) setiap insan di muka bumi ini penuh dengan warna - warni kehidupan yang melambangkan cabaran- cabaran yang dilaluinya...

2)setiap kejayaan perlulah digapai dengan bersungguh-sungguh tanpa berputus asa...

3)setiap perbuatan yang dilakukan hendaklah disertakan dengan keikhlasan hati yang tulus...

nama: TUN NUR SYAZWANI
E-MAIL: syazwani_tun@yahoo.com

Anonymous said...

Kata - kata hikmah 1: "Bayangkan jika hidup anda hanya Hitam dan Putih"

Kata - kata hikmah 2: "Walaupun terdapat pelbagai jenis dan ragam manusia di bumi ini, tetapi hanya SATU tujuan mereka diwujudkan"

Kata - kata hikmah 3: "Warna-warnikan hidup anda"

Email: hawa.aries@hotmail.com

skematik_letronik said...

kata-kata hikmah:

1)tatkala warna-warna cinta Rabb bertakhta di kalbu
warna-warna dunia serta-merta kabur..

2)setinggi-tinggi pencakar langit..
tinggi lagi dosa-dosa yg menghitami hati..
sedangkan pencakar langit susah dipacak lama dibina,
dosa-dosa senang dijamah cepat diratah..


E-mail : sweetie_popcorn@yahoo.com

Saadah said...

Perjalanan kehidupan yang hanya lurus tanpa liku-liku, pastinya membuatkan kita tidak mempunyai peluang untuk menerokai keindahannya.

emel: angah_1203@yahoo.com

ixu said...

kata - kata hikmah :

"Syukurlah dengan kurniaan-Nya,
jangan tangisi segala yang menimpa,
ingatlah..rintangan itu tidak seindah warna kehidupan"

Email: izuan_m@yahoo.com
web:http://www.perintang.blogspot.com/

Anonymous said...

Kata-kata hikmah :
Pabila warna-warni elusan Tuhan mewarnai hidup dgn pelangi syurga, barulah nikmat warni hidup mewarnai bak haruman firdaus setanggi

Email - ittihad168@yahoo.co.uk

Laman web - http://murjanul168.blogspot.com

Anonymous said...

Kata-kata hikmah :
koreksi diri dlm bikin manifestasi prestasi, kerana nikmat An-Na'im itu tiada terbantahkan.. persis azkiya di sajadah cinta, intaian rembulan di malam hari.. mengimbau rindu Tuhan dengan penuh kalerkali

Email : ittihad168@yahoo.co.uk

Laman web : http://murjanul168.blogspot.com

Raden Qurratu 'Aini said...

Kata-kata hikmah:

Pasti hidup kan tercorak indah dan bahagianya tak berbatasan saatnya warna-warni cinta Ilahi merona segenap ruang yang wujud dalam sanubari.

E-mail: qurrah@gmail.com

Laman web: http://qausuquzah.blogspot.com

ixu said...

kata - kata hikmah :

2)"Jika jiwamu ibarat kertas putih,jangan biarkan ia kosong dari warna-warna cinta-Nya"


3)"The most beautiful painting in the world start from plain paper"

Email: izuan_m@yahoo.com
web:http://www.perintang.blogspot.com/

Anonymous said...

nama : Mohd Izuan B Mustaffa
Universiti : Multimedia University,Cyberjaya,Malaysia.
Email: izuan_m@yahoo.com
Laman web: http://www.perintang.blogspot.com/

kata - kata hikmah :

"Syukurlah dengan kurniaan-Nya,
jangan tangisi segala yang menimpa,
ingatlah..rintangan itu tidak seindah warna kehidupan"

Pena_Berbisa said...

From : pena_berbisa , dublin , ireland.

1)Setiap dari kita punya warna diri yang berbeda,namun mengertilah, tujuan hidup kita tetap sama.Bak pensel warna - warni, wujudnya melakarkan pelangi dunia kanvas.

2) Menerusi kepelbagaian, tercipta suatu coretan penuh warna - warni.Itulah manusia, diciptakan berbeza, namun bisa menerbitkan rantaian kasih nan indah di muka alam.

Anonymous said...

kata2 hikmah:

sahabat itu didatangi dalam pelbagai warna. pilihlah yang mendamaikanmu.
dan yang membantu perjuanganmu ke syurga Allah.

minal Qalb said...

Kata-kata hikmah :
1- warnai hidupmu dengan firman Ilahi dan sunnatunnabi,
kelak iman pasti menghiasi, merona memancar ihsan pada diri.

2-Bertunjangkan kasih Tuhan, lakarkan dirimu di pentas dunia, di bawah suluhan warna Iman.

email: nusaybah_me@yahoo.co.uk
web : http://minalqalb.blogspot.com

aliar0ney said...

Kata - kata hikmah:

"kehidupan itu tiada coraknya,hati kita yang memilih warna-warna yang akan mencorak kehidupan kita sebagai seorang musafir di muka bumi ini"

"jika suatu tempat itu ada bermacam-macam musimnya, begitu juga kehidupan kita,berbagai-bagai warnanya,ada yang menyakitkan dan ada yang membahagiakan"

"hijrah itu permulaan bagi kejayaan,janganlah takut untuk berhijrah,walaupun pelbagai onak dan duri terpaksa diharungi"


Email: doctorly_monkey@yahoo.com

Laman web:
http://cr3ampufF.blogspot.com

Soleh Google ☁️ 👓 📙 said...

Kata-kata hikmah:
1)Warnai kehidupan anda dengan warna-warna Malaysia

2)Indahnya lukisan dunia, bagaikan warna yang tidak pernah pudar

3)Colours your life with a meaningful moment

Email: ksoleh@gmail.com
Laman web: http://amplemoney.blogspot.com

Raden Qurratu 'Aini said...

Hidup pastinya dilakari citra warna-warni terindah serba sempurna tika saat jua detik kehidupan hanya didambakan keranaNya. Segalanya dikembalikan kepadaNya demi cintaNya ar-Rahman ar-Rahim.

e-mail: qurrah@gmail.com

weblog: http://qausuquzah.blogspot.com

Siti said...

Kata-kata hikmah:
tidak semua yg indah itu membahagiakan,kadang-kadang ia hanya di anak mata atau di bibir saje,bila di tangan sendiri ia berubah warna.

E-mail:nurnadayumni_89@yahoo.com.my

Anonymous said...

1.warnai kehidupan anda dengan warna2 kehidupan,,,
2.alam akan pudar jika tanpa warna,,,
3.the great calour come from best person,,,

hahaahaha,,saje meluahkan perasaan,,,

e-mail: faisal.86gcc@yahoo.com

laman: http://wwwduniafaisal.blogspot.com/

Anonymous said...

ALLAH izinkan aku berkongsi kehangatan mentariMU,izinkan aku pinjam sinar bulanMU untuk aku mewarnai hidupku ini.

auspicious_5766@yahoo.com

http://zalehayusof.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Dengan ini, kami ingin memaklumkan penutupan penyertaan bagi pertandingan mencipta kata-kata hikmah. Terima kasih kepada para peserta.

InsyaAllah, keputusan akan diumumkan. Diharapkan semuanya bersabar. Kepada yang berjaya, kami ucapkan tahniah dan kepada yang tidak. Kami amat menghargai usaha anda.

Sekian, wassalam

ISAC Studio Management

Anonymous said...

Keep up the good work.

mzmm said...

Kata-kata hikmah:

1)
Hidup ini umpama lukisan,
Elok memilih warnanya maka cantiklah lukisan yang dicoret...

2)
Manusia sering alpa dengan kewajipan dan waktu,
Tatkala masa berkurangan,
Tercoretlah kesedaran pada kewajipan.

3)
Mendung dilangit tak siapa duga,
Mendung dihati tak siapa tahu,
Cinta Ilahi ibarat cahaya,
Mampu menerangi jiwa yang bercelaru.


email: max_guyz88@yahoo.com

Anonymous said...

osmania http://www.webjam.com/omeprazol http://www.webjam.com/vacuumcleaners http://www.webjam.com/annuitycalculator http://www.webjam.com/bariatricsurgery http://www.webjam.com/electricblankets

Klik di sini untuk berita - berita terkini