
Tuesday, June 12, 2007
Banner, Logo, and Boxed Message

Monday, June 11, 2007
HARI-HARI TERAKHIR SEORANG HAMBA (kitab buruk)
Mendengus ikatanku ke daerah kusam
Kerana darinya aku kenal lurah gersang
Lubuk tempt jiwaku terhamba
Membelek kitab buruk
Merenggut gelisah sejuta
Dan terdamparlah aku di samudera sakinah
Kukira cukup lama aku lemas
Di persimpangan neraka
Membaca buku kitab buruk
Menarik-narik perca jernih dari mata
Sedu-sedan ditemani resah
Terkadang terhenti pada ruang amanah Tuhan
Lantas menyentak, menyentap roh dayus
Kembali bermukim di persinggahan cinta agung
Mengahayati kitab buruk
Jiwaku tenatnya tak bisa lagi terungkap
Memuncak segala rahsia hitam
Mendera, menusuk hati yang kelam
Disusulu calit-calit putih
Bersama makna tetapi tidak tertafsir akalku
Aku tutup kitab buruk
Terasa pasti tiada ruan
Menatapnya lagi
Kerana hari ini hari terakhir
Sebelum hamba bertemu tuannya.
1408 pm
10 April 2007
(KMB) B116
Wednesday, June 6, 2007
Manusia & Angka
Pada angka-angka,
Manusia bersengketa,
Pada angka-angka,
Manusia kelabu mata.
4,5,6,
Pada bentuk-bentuk ini,
Manusia mati hati,
Pada bentuk-bentuk ini,
Manusia menjauhi Illahi.
7,8,9,
Pada lentuk lengkuk angka,
Manusia melihat harta,
Pada lenggok lentuk angka,
Manusia melihat takhta.
0,0,0,
Pada lompong dada angka,
Manusia mengira juta,
Pada gabungan angka-angka,
Manusia diperhamba dunia.
Angka,
Manusia mencintaimu bila kau bawa bahagia dan sukacita,
Kiranya nestapa dan duka yang kau undang datang,
Manusia akan benci memandang.
Manusia,
Angka yang kau timbun hanya lengkok dan liuk tanpa makna,
Kiranya yang bertampuk itu membelakang Pencipta,
Kiranya yang kau himpun itu perahan dusta-dusta.
Manusia,
Kau lihat harta, kuasa, bijaksana, cinta, dunia, pada angka,
Kau meratah tubuh angka dengan nafsu durjana,
Kau inginkan angka beranak-pinak tanpa hentinya.
Angka,
Kau dicipta buat mengingat yang Esa,
Melihat perkiraan hari dan masa,
Peredaran galaksi dan alam semesta,
Mengira harta titipan; untuk diagihkan,
Meratib butir tasbih; memuji Pencinta yang soleh,
Menangisi yang pergi; mengingati mati,
Menganggar dosa; menambah pahala.
Manusia,
Kau sebaliknya cinta melihat angka bersusun dan bertambah,
Pada slip gaji, keputusan SRP,
Pada menang loteri dan permainan judi.
Manusia,
Bagaimana dalam slip zakat dan sedekahmu?
Gemarkah engkau melihat angka yang menghitung urusanmu itu?
Atau yang mengira secara membalik akan usiamu?
Atau lembaran catatan amalmu?
Mengapa prejudis pada angka yang selama ini kau cinta?
Manusia…mengapa?
Berdampinganlah menuju Jannah.
Manusia dan angka,
Jangan kau bertingkah kalau sudah dalam Hawiyah!
12:06 10 September 2006,
17 Sya’aban 1427H
B131
Dia Sahabat Sejati
Seindah bintang timur di langit merah,
Sesejuk salju suci di laut dalam,
Sahabatku...
Waktu kenal erti kekosongan,
Waktu aku dilanda ribut resah sendiri,
Waktu aku mencari sahabat setia
Sahabat datang sahabat pergi,
Ramai yang datang bila ketawa,
Dan pergi bila berduka.
Menjauhi tika aku dibanjiri sahabat palsu,
Mendekati ketika aku dipalsukan sahabat,
Dia memahami.
Pencinta ketika aku dibenci,
Penghibur ketika aku disepi,
Penyokong ketika aku diuji,
Sabarnya bila aku mencaci,
Setianya bila aku berpaling,
Ramahnya bila aku membisu.
Cukuplah hanya dia bagiku,
Walau kusedar betapa kotor diriku,
Tapi dia tak peduli,
Kerna Dia sahabat sejati.
KMB
24/4/2006
11 pm
B116
Perang Terpanjang
Terbayangkah engkau akan perang sepanjang usia?
Perang tertua yang dilalui tiap manusia,
Bergelut dengan maut senantiasa,
di hujung panahan syaitan durjana.
Bangkitmu dari lena, perang pun bermula,
Kau menembak, kau tertembak,
Kau berlari, tersungkur acap kali,
Kau berdarah, lukamu parah.
Itulah sunnah bagi yang enggan kalah,
Berjuang gagah walau hidup susah,
Peluh menitis tidak terperah,
Kejayaan diraih dengan mujahadah.
Ada satu jalan mudah,
Tak perlu darah, susah, mahupun lelah,
Syaratnya engkau menyerah,
Tunduk pada tuntutan ammarah.
Lakumu laksana seekor ternak,
Ditindik, ditarik, tertarik kau bergerak,
Mudah hidupmu tanpa senjata dipundak,
Hitungmu masa itu berakhirnya tidak.
Sayang buat yang senang,
Sekian lama jalanmu terpayang,
Akhirnya kau temui kecundang,
Menyungkur dihambat Zabaniah yang garang.
Yang hidup sukar jangan gusar,
Haus, kelak kau teguk telaga Kauthar,
Letih, kelak kau rehat di syurga tanpa bayar,
Syahid, kelak kau berdamping dengan Malikuljabbar.
Dua jalan satu pilihan,
Susah di fana’, senang di baqa’,
Atau,
Senang di fana’, susah di baqa’,
Fana’ itu sementara,
Baqa’ itu kekal selamanya,
Pilihlah kau antara dua,
Citra cinta hamba kepada Yang Esa atau yang berdusta.
8:25 pagi, 12 Rejab 1427H

Klik di sini untuk berita - berita terkini